“APABILA AIR SURUT, YANG TINGGAL HANYALAH KEHILANGAN.”
Air banjir telah surut…
tetapi di dalam madrasah,
yang tinggal hanyalah Al-Quran yang rosak, Iqra’ yang hancur, dan anak-anak yang terdiam.
Mereka bukan kehilangan bangunan semata-mata.
Mereka kehilangan alat untuk mengenal kalam Allah.
Ada anak kecil bertanya:
“Ustaz… esok kita mengaji guna apa?”
Soalan itu berat.
Kerana ilmu tidak sepatutnya terhenti walaupun diuji banjir.
Waqaf Al-Quran & Iqra’ Aceh
Bantuan Pasca Banjir Madrasah Aceh
oleh HaRUM Malaysia
Setiap naskhah yang anda wakafkan hari ini:
✅ Menggantikan Iqra’ yang hanyut
✅ Menghidupkan semula kelas mengaji
✅ Menjadi pahala yang terus mengalir selagi dibaca
✨ Mereka hilang buku. Anda boleh kembalikan harapan.✨
"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan mengikuti dirinya selepas kematiannya ialah: ilmu yang diajarkan dan disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf Al-Quran yang diwariskan..."
— (Riwayat Ibnu Majah, no. 242)